fbpx

EPL: Gundogan cadang Haaland tukar cara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal mendapat semula sentuhan umpanan Gundogan yang membuat kepulangan semula ke Etihad. - AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester City, Erling Haaland mampu menambah lebih sengat permainannya sekiranya dia mula melibatkan diri lebih banyak dengan gerakan-gerakan yang dilakukan rakan sepasukan.

Tidak dinafikan sentuhan penyudah pemain antarabangsa Norway itu berada dalam kelas tersendiri apabila sudah meledak 94 gol bersama City, namun masih kurang dari segi permainan berpasukan.

Pemain tengah The Citizens, Ilkay Gundogan percaya kualiti permainan pasukan itu akan semakin bertambah sekiranya Haaland tidak hanya tertumpu kepada tugas hakikinya untuk menjaringkan gol.

“Jika dia masih bermain sama seperti ketika saya berada di sini sebelum ini, dia tidak perlu mengubah apa-apa pun. Bagaimanapun, kalau dia membantu rakan sepasukan yang lain, ia lebih memudahkan kerja.

“Apa yang penting dalam pasukan adalah kami perlu membantu antara satu sama lain, terutamanya ketika melakukan serangan. Saya percaya dia sentiasa fokus pada tugasnya untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, dia yang baru sahaja kembali ke pangkuan City dari Barcelona berkata, Haaland gembira dengan kepulangannya ke Stadium Etihad memandangkan mereka berdua sudah memahami corak permainan masing-masing.

“Haaland sangat gembira bermain bersama saya kerana kami memiliki persefahaman yang sangat tinggi. Saya harap ia berterusan dan memberi kelebihan kepada pasukan untuk jangka masa panjang,” ujar Gundogan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI