fbpx

EPL: Chiesa pembelian ‘jackpot’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA hanya berbaki kontrak setahun di Juventus menyebabkan Liverpool mampu membelinya pada harga yang murah. - AFP

LONDON – Liverpool dilapor sedang berusaha keras untuk mendapatkan khidmat penggempur Juventus, Federico Chiesa dengan mengemukakan tawaran kontrak selama empat tahun untuk pemain tersebut.

Tempoh yang berbaki beberapa hari sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September nanti mahu dimanfaatkan sebagai mungkin oleh The Reds yang bersedia untuk memasuki fasa seterusnya rundingan berkenaan.

Berbaki kontrak sehingga Jun tahun depan, Chiesa memberikan harapan buat Liverpool apabila tanda harga yang diletakkan adalah sekitar £12.7 juta (RM73.01 juta) yang dianggap berbaloi untuk pemain yang memiliki pengalaman dan berkaliber sepertinya.

Bagaimanapun, Liverpool turut berhati-hati berikutan rekod kecederaan yang dialami Chiesa sebelum ini apabila pernah berehat panjang akibat masalah anterior cruciat ligament (ACL) pada 2021, namun musim lalu dia berjaya membuat 37 penampilan.

Musim lalu menyaksi anak kepada legenda Itali, Enrico Chiesa ini berjaya meledak 10 gol dengan tiga umpanan jaringan dan mampu beraksi dengan empat peranan berbeza di bahagian serangan yang menarik minat Liverpool.

“Liverpool sudah bercakap dengan Juventus dan ejen pemain tersebut. Apa yang menjadi halangan ketika ini hanya rundingan mengenai gaji yang diinginkan oleh Chiesa,” kata pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano.

Romano turut menjangkakan penjualan Chiesa itu akan membantu Juventus untuk meningkatkan dana mereka bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI