fbpx

Elak beli telur ayam pecah, buat laporan jika peniaga jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Meskipun harga telur pecah yang ditawarkan jauh lebih murah daripada telur lain, namun ia memiliki keburukan terhadap pengguna termasuklah mudah mengalami keracunan ketika dimakan.

Public Health Malaysia (PHM) dalam perkongsian di Facebook menegaskan, orang ramai perlu mengelak daripada membeli telur pecah di kedai.

“Kalau jumpa telur yang pecah, elakkan beli untuk dimakan ya. Risikonya tinggi untuk keracunan makanan.

“Menurut peraturan dan garis panduan keselamatan makanan, telur yang sudah pecah tidak boleh dijual kepada pengguna.

“Ini kerana telur yang pecah lebih mudah terdedah kepada pencemaran bakteria seperti Salmonella, yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan,” jelas PHM.

Mengulas lanjut, PHM memaklumkan mana-mana peniaga yang menjual telur pecah secara berasingan merupakan satu kesalahan dan melanggar undang-undang kebersihan serta keselamatan makanan di kebanyakan negara.

“Sebagai pengguna, adalah lebih baik untuk mengelakkan membeli atau menggunakan telur yang telah pecah.

“Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI