fbpx

Ebit Lew minta tunjuk kaki – Pengadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT Lew semasa hadir di Mahkamah Majistret Tenom, baru-baru ini.

TENOM – “Tengok kaki, tunjuk kaki je…payudara ke”. Itu antara rakaman perbualan melalui panggilan video antara pengadu dan seorang lelaki yang dimainkan di Mahkamah Majistret hari ini.

Perbualan tersebut diperoleh melalui rakaman video berdurasi satu minit 22 saat antara pengadu dan seorang lelaki yang dipercayai Ebit Lew.

Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu panggilan video tersebut adalah yang terakhir sebelum dia bertindak menyekat nombor telefon Ebit kerana tidak mahu lagi terperdaya.

Dalam rakaman video pada P-34(1) yang dimainkan dan direkodkan transkrip perbualannya di mahkamah, pengadu menunjukkan sebahagian anggota badan, namun dia memakai pakaian. Dia tidak menunjukkan kulit badannya.

Kata pengadu, dalam rakaman video pada saat ke-35, dia ada menunjukkan lengan, tetapi itu tidak dapat dilihat dalam panggilan video.

Malah, pada saat ke-30 dalam rakaman video tersebut lelaki yang dipercayai Ebit turut menjawab sedang beronani apabila pengadu bertanya apa yang sedang dilakukannya.

Pengadu bersetuju dengan pertanyaan peguam, Datuk Ram Singh semasa pemeriksaan balas bahawa memang ada perbualan antaranya dan seorang lelaki pada saat pertama hingga ke-47 dalam rakaman video tersebut.

Dalam keterangannya, pengadu memberitahu mahkamah bahawa dia memang menamatkan panggilan video berkenaan, namun tidak pasti pada minit ke berapa.

Pengadu memberitahu mahkamah bahawa dia juga memberi gambar swafoto wajahnya dengan memakai pelitup muka kepada Ebit sebelum panggilan video berkenaan. Dia kemudiannya menyekat nombor telefon Ebit pada 11 Julai 2021.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI