fbpx

Dr. Mashitah nafi terlibat pemerdagangan manusia di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MASHITAH selepas membuat memberi keterangan di Bukit Aman semalam.

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menafikan dirinya terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia di Myanmar.

Mashitah dalam hantaran di aplikasi Facebook memaklumkan, info berhubung perkara tular di media sosial membabitkan dirinya dikutip daripada media picisan di Indonesia.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan beliau juga telah memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

“Saya telah membuat laporan dan memberi keterangan di (Ibu Pejabat Polis) berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mengaitkan saya dengan aktiviti Myanmar yang tular.

“Saya tidak akan teragak-agak akan ambil tindakan mahkamah pada pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya. Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat,” katanya dalam catatan tersebut.

Dalam pada itu, katanya, beliau kekal utuh berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti bercanggah dengan agama serta undang-undang negara.

Terdahulu media melaporkan, MHO menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI