PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos nanti.
DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, pembatalan itu adalah bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Di sebalik pembatalan itu, DBKL turut mengajak semua orang menghayati erti kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotisme.
Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa wanita warga India yang terjatuh ke dalam tanah mendap di Jalan Masjid India. – KOSMO! ONLINE