fbpx

Cuaca mendung, hujan di beberapa tempat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan pada pagi ini keadaan hujan sedang berlaku di beberapa tempat di sekitar Terengganu dan Pahang.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, keadaan itu dijangkakan akan beransur pulih dalam sedikit masa lagi.

Sementara itu, bagi lain-lain kawasan di Semenanjung Malaysia keadaan cuaca adalah baik dan sedikit mendung pada pagi ini.

“Sementara itu di Sabah dan Sarawak pula hujan sedang berlaku di beberapa tempat melibatkan bahagian Bintulu, Mukah dan juga Kapit yang dijangkakan boleh berlanjutan sehingga lewat pagi nanti.

“Selain itu, cuaca pagi ini di hampir kesemua bahagaian di Sabah adalah baik,” katanya.

Bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan angin kencang masih lagi berpotensi untuk berlaku terutama di bahagian selatan Pahang dan juga Johor.

“Hujan juga dijangka turun di sekitar bahagian Sandakan dan Tawau termasuklah di bahagian pedalaman Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan carta angin semasa menunjukkan angin masih bertiup dari Barat Daya menuju ke Semenanjung Malaysia dengan kelajuan yang agak sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer (km) sejam.

“Namun demikian di kawasan Laut China Selatan ketika ini, angin mash lagi bertiup dengan kelajuan yang agak kencang sekitar 40 hingga 50 km sejam.

“Oleh demikian MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama melibatkan kawasan Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan
Keadaan ini akan berkuat kuasa sehingga 31 Ogos nanti,” katanya.

Jelasnya keadaan itu juga amat berbahaya untuk aktiviti seperti menangkap ikan, bot-bot kecil dan perkapalan serta aktiviti pantai dan sukan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI