fbpx

Cuaca baik ketika Hari Kebangsaan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca pada Sabtu ini diramalkan baik dengan hujan hanya berlaku di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Ramalan cuaca khas Hari Kebangsaan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini menunjukkan, pada sebelah pagi hujan diramal melanda beberap negeri seperti di Perlis, Kedah, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan Sarawak.

Ramalan cuaca khas Hari Kebangsaan yang dikeluarkan MetMalaysia, hari ini.

Sementara itu, ramalan cuaca pada waktu petang pula menunjukkan hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Bagi cuaca waktu malam, keadaan cuaca di kebanyakan negeri ialah baik kecuali di Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang diramalkan hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI