fbpx

‘Berkawan jaga-jaga, kalau disuruh jangan ikut semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sun Fong (tengah) bersalaman dengan peguamnya, Haresh Mahadevan (kanan) dan Ramzani selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang nelayan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah lebih 15 kilogram (kg) tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan terhadap tertuduh, Seow Sun Fong, 43.

Rohani berkata, keputusan dibuat setelah mendengar keterangan yang diberikan saksi pihak pendakwaan dan menimbang hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak selain penilaian secara menyeluruh kesemua keterangan.

“Berdasarkan Seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan pertuduhan terhadapnya tanpa dipanggil semula untuk membela diri.

“Kamu jika berkawan jaga-jaga sedikit, kalau disuruh apa-apa jangan ikut semua, buat kerja biasa sahaja,” katanya dalam prosiding keputusan kes di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, Sun Fong didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 15.854 kg.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 9.30 pagi pada 1 Mac 2021 di kawasan tempat kereta sebuah hotel di Port Dickson.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI