fbpx

Bayi lelaki berselimut ditemukan di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan lengkap berselimut dan kain di sebuah surau dekat Nilai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki kira-kira pukul 8.14 malam yang memaklumkan menjumpai seorang bayi lelaki yang dianggarkan baru berusia tiga hari itu.

“Siasatan awal telah dijalankan oleh pihak polis dan mendapati suspek merupakan seorang individu yang tidak dikenal pasti telah meletakkan bayi lelaki tersebut di atas sofa surau pada waktu maghrib.

“Lelaki berkenaan kemudiannya beredar dari surau berkenaan dengan menaiki kenderaan jenis tidak pasti,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di nombor 06-790 4389,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI