fbpx

Anggota TLDM lemas: Suasana pilu di Jabatan Perubatan Forensik HSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Arman San, Norazliana (kanan) tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini apabila waris kepada Penyelam Ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), Laskar Kelas (LK) I Arman San Hermansa yang maut ketika operasi salvaj KD Pendekar hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Selain ahli keluarga, seramai kira-kira 50 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersiap sedia untuk menguruskan jenazah Allahyarham Arman San.

Difahamkan, selepas bedah siasat selesai, jenazah Allahyarham bakal dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) menggunakan van jenazah TLDM sebelum diterbangkan ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah.

Semalam, Arman San dilaporkan hilang di dasar laut sebelum ditemui maut ketika melakukan operasi salvaj KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

KD Pendekar yang telah berkhidmat selama 21 tahun itu tenggelam kira-kira pukul 12 tengah hari, Ahad lalu di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI