fbpx

11 pemandu, kelindan lori ambil dadah, alasan mahu pandu jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stien (kanan) bersama pegawainya melakukan pemeriksaan terhadap dokumen dimiliki pemandu lori ketika meninjau operasi berhampiran Plaza Tol Jitra, malam tadi.

JITRA – Sembilan pemandu lori dan dua kelindan ditahan kerana disyaki positif dadah dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Plaza Tol Jitra, di sini sejak 1 Ogos lalu

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, kesemua individu terbabit merupakan warga tempatan berusia antara 20 hingga 50-an yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kata beliau, lesen memandu kesemua mereka digantung dan pihaknya akan mengaudit majikan yang mengupah pemandu tidak kompeten itu kerana mengambil bahan terlarang.

“Jika syarikat tersebut gagal dalam proses audit itu, maka permit pengendali kenderaan boleh digantung atau dibatalkan terus,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Operasi bersepadu itu melibatkan JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang berlangsung setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam sejak 1 Ogos lalu.

Tambahnya, rata-rata mereka yang ditahan memberi alasan kononnya mengambil dadah bagi mendapatkan tenaga untuk memandu lebih lama dan jauh.

“Itu cuma alasan kerana ramai lagi pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab mampu melaksanakan tugas dengan baik. Tindakan mereka cuma mendatangkan bahaya terutama kepada kenderaan-kenderaan kecil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI