fbpx

Ahli politik, suami disyaki terlibat pemerdagangan manusia sudah beri keterangan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses tersebut dijalankan pada Julai lalu selepas artikel pertama berkait perkara tersebut dilaporkan.

Menurutnya, susulan itu, siasatan terus dilakukan dan proses tersebut masih berjalan ketika ini.

“Selain itu, kita akan mendapat artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan (Myanmar).

“Polis juga sedang mencari saksi bagi membantu siasatan berkait dengan kes terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan wanita itu pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI