fbpx

AEON rekod untung bersih RM85.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi separuh pertama tahun ini, dengan  merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM85.2 juta naik 25 peratus daripada RM68.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian hasil untuk tempoh yang sama juga meningkat sebanyak dua peratus, daripada RM2.139 bilion .8 juta kepada RM2.188 bilion.

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, dalam persekitaran perniagaan
yang dinamik ini, Kumpulan kekal berdaya tahan dan fokus dalam memperkukuhkan inisiatif  untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor runcit semasa.

Menurut beliau, sempena meraikan Ulang Tahun AEON ke-40 tahun ini, pihaknya telah merancang pelbagai acara promosi, aktiviti, dan ganjaran sepanjang tahun untuk meraikan pencapaian ini bersama pelanggan kami.

“Ini termasuklah menawarkan pelbagai produk yang menarik dan acara istimewa seperti A-Day dan promosi pembukaan semula kedai, yang semuanya direka untuk menawarkan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami.

“Di samping itu, kami juga akan memperkenalkan pelbagai produk
yang lebih luas di seluruh kedai kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang
pelbagai.

“Kami juga mempercepatkan projek pengubahsuaian di stor dan pusat beli-belah
AEON yang terpilih dalam bulan-bulan akan datang untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan reka bentuk, kemudahan,
dan fasiliti selaras dengan keperluan dan jangkaan pelanggan kami yang semakin
berkembang<‘ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Bagi perniagaan runcit AEON untuk suku kedua, hasilnya adalah sebanyak RM836.8 juta, mencerminkan penurunan sebanyak 3.1 peratus berbanding
RM864.0 juta  suku yang sama tahun lalu.

Ini disebabkan oleh musim perayaan, sebaliknya, segmen perkhidmatan pengurusan hartanah mencatat hasil sebanyak RM184.1 juta, tumbuh 8.9 peratus daripada RM169.0 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Ia didorong oleh kadar penghunian yang lebih tinggi dan pembaharuan sewaan yang berkesan.

Jualan penyewa juga meningkat sebanyak 8.8 peratus dalam separuh pertama tahun ini, yang dibantu oleh kejayaan projek naik taraf
dan pengubahsuaian pusat beli-belah.

“Meninjau ke masa depan, AEON komited untuk memajukan keutamaan strategiknya dalam perkhidmatan runcit dan pengurusan hartanah.

“Fokus kami termasuk mempercepatkan inisiatif digital, memperluaskan portfolio jenama peribadi kami, menubuhkan lebih banyak ‘AEON Living Zone” dalam komuniti setempat, memacu usaha kelestarian, dan mengoptimakan kos operasi,” tambah beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI