fbpx

70 murid terjejas kepala air Slim River, tumpang belajar di sekolah lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin (tengah) ketika menghadiri sidang akhbar Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) di Aras 4, Laman Kesedar Cafe, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Pembelajaran seramai 70 murid dan pelajar terjejas ekoran perhubungan terputus ke sekolah masing-masing akibat tragedi kepala air di Slim River baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, kesemua mereka daripada empat sekolah yang terputus hubungan akibat kemusnahan jambatan penghubung kerana hentaman kepala air.

Namun katanya, pihak pendidikan negeri dan daerah akan memastikan semua mereka dapat meneruskan pembelajaran termasuk dengan kaedah menumpang belajar di sekolah berdekatan yang tidak terjejas.

“Ada inisiatif murid yang terjejas untuk belajar sementara di sekolah lain supaya mereka boleh belajar secara bersemuka.

“Kita tidak mahu sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebab kita tahu PdPR mungkin ada masalah dari segi liputan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di sini hari ini bagi menguar-uarkan penganjuran Karnival Mesra Anak Muda 2024 (KAMU 2024) yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September ini di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim River pada 23 Ogos lalu disifatkan bencana terburuk pernah berlaku dialami mangsa banjir yang telah menetap dalam tempoh lebih 20 tahun di situ.

Pada masa sama, Khairudin menegaskan ketiadaan uniform bukan alasan tidak pergi ke sekolah kerana Kementerian Pendidikan telah menggariskan bahawa murid dan pelajar masih boleh hadir dengan berpakaian sukan yang sesuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI