fbpx

411 prospek dibebaskan daripada penjara di seluruh Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROMWICHIT (tiga dari kanan) menyampaikan sijil pembebasan prospek pada program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Di Nanti) di Penjara Tapah, Tapah Road, Tapah hari ini.

TAPAH – Jabatan Penjara Negeri Perak setakat ini telah membebaskan 411 prospek (bekas banduan) melalui program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Di Nanti) secara bersyarat setakat ini.

Pengarah Penjara Negeri Perak, Timbalan Komisioner Penjara, C. Charin Promwichit berkata, pembebasan itu melibatkan seluruh institusi penjara di negeri ini.

“Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti hukuman kurang setahun, satu hingga tiga tahun dan golongan renta terutama warga emas berumur 70 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik.

“PBSL ini melibatkan prospek dikembalikan kepada keluarga, dipadankan dengan majikan terpilih dan Rumah Perantaraan (RP),” katanya pada media sempena majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Kemerdekaan Kali ke-67 Peringkat Penjara Negeri Perak di Penjara Tapah, Tapah Road di sini hari ini.

Seramai 34 prospek dibebaskan menerusi PBSL hari ini yang turut melibatkan 14 orang di Penjara Tapah.

Katanya lagi, sebuah RP baru akan beroperasi pada bulan depan di Taiping berbanding sebuah yang sedia ada di Simpang Pulai dekat sini.

“Jabatan Penjara Perak sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah lagi RP swasta dengan kerjasama Yayasan Koreksional Malaysia dan dermawan yang sanggup menguruskannya.

“Ini bagi mencapai sasaran dua pertiga prospek menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2030 supaya mereka kembali berperanan menjadi insan berguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI