fbpx

2 eksekutif PetroSaudi dipenjara terlibat penyelewengan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahony (kiri) dan Obaid (kanan) tiba di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland di Bellinzona semalam. - AFP

BELLINZONA, SWITZERLAND – Sebuah mahkamah tertinggi Switzerland menjatuhi hukuman penjara ke atas dua eksekutif kanan syarikat PetroSaudi semalam, selepas mereka didapati bersalah menyeleweng lebih AS$1.8 bilion (RM7.78 bilion) daripada dana pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Eksekutif syarikat cari gali dan pengeluaran minyak tersebut, Tarek Obaid, 48, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland.

Orang kanannya, Patrick Mahony, 47, yang merupakan pengarah di PetroSaudi dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh mahkamah di bandar selatan Bellinzona itu.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah atas penglibatan mereka dalam penyelewengan besar-besaran yang didalangi oleh penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Jho Low.

Dengan membandingkan jumlah yang terlibat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, pendakwa raya Alice de Chambrier menggelarnya sebagai ‘penipuan abad ini’.

Berdasarkan kertas pendakwaan, kedua-dua tertuduh didapati menggelapkan wang sebanyak AS$1.8 bilion untuk kepentingan diri mereka.

Obaid mendapat habuan sekurang-kurangnya AS$805 juta (RM3.5 bilion), manakala Mahony menerima sekurang-kurangnya AS$37 juta (RM160 juta).

Mereka didapati bersalah atas penipuan, pengubahan wang haram yang teruk dan bersubahat dalam salah urus jenayah yang lebih teruk.

Dakwaan-dakwaan itu meliputi tempoh dari 2009 hingga 2015.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh memulangkan kepada 1MDB jumlah yang diseleweng daripada dana itu serta sebahagian daripada aset mereka dalam rampasan, dan mengarahkan elemen tertentu aset mereka dilucut hak. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI