fbpx

Wang hilang secara misteri, toyol ‘dituduh’ jadi punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK sebuah kampung di Indonesia percaya toyol mencuri wang mereka. - Foto AFP

JAKARTA – Penduduk sebuah kawasan di Blora, wilayah Jawa Barat, resah apabila toyol didakwa berkeliaran bagi mencuri wang daripada orang ramai, lapor portal berita Lingkarjateng kelmarin.

Ramai penduduk mengadu kehilangan wang secara misteri kebelakangan ini.

Mereka kemudian meyakini bahawa terdapat makhluk halus digelar toyol yang diarahkan ‘tuannya’ untuk mencuri wang.

Salah seorang penduduk, Atik, mengaku dia kehilangan wang secara tiba-tiba yang berjumlah ratusan ribu rupiah.

“Pada awalnya wang saya hilang dari dompet. Padahal sebelum saya simpan (wang), saya mengira jumlahnya. Tiba-tiba sahaja ia berkurang,” ujarnya.

Pada awalnya, Atik percaya wang yang hilang itu mungkin diambil oleh anaknya. 

Namun, setelah dicari, wang itu ternyata hilang secara tiba-tiba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI