fbpx

[VIDEO] Tanah jerlus Masjid India: Tiada perkembangan baharu pencarian Vijayaletchumy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR Vijayaletchumy memasuki hari keenam hari ini.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, kini memasuki hari keenam.

Operasi SAR di kawasan ‘end point’ iaitu loji di Pantai Dalam semalam tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Sementara itu, difahamkan, alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah digunakan pada hari keenam untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di sini, hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati sebahagian besar premis perniagaan telah memulakan operasi dan sebahagian lagi masih ditutup.

Bagaimanapun, kawasan penutupan jalan semakin diperluas dan dikawal ketat oleh petugas keselamatan susulan berlaku mendapan baru di Pondok Polis Masjid India pukul 2.30 pagi tadi.

Lubang berkenaan terletak kira-kira 50 meter daripada lokasi kejadian sebelum ini.

Lebih kurang pukul 11.15 pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain meninjau kedua-dua lokasi kejadian.

Pada Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi itu.  -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI