fbpx

[VIDEO] RTM ‘tayang’ kamera canggih, netizen minta fokus K9 lama sikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen minta RTM memfokuskan perarakan anjing Unit K9 lebih lama ketika Hari Kebangsaan, Sabtu ini. Gambar kecil (Kamera G1 Robotik yang akan digunakan pihak produksi RTM).

PETALING JAYA – Perkongsian Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai penggunaan peralatan canggih dan terkini mengundang keterujaan orang ramai.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, RTM memaklumkan, peralatan yang dikenali sebagai Kamera G1 Robotik itu akan digunakan bagi membuat liputan ketika Hari Kebangsaan 2024, Sabtu ini.

“RTM ‘next level’. Hari Kebangsaan 2024 kami akan gunakan peralatan terkini bagi memberikan liputan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” kata RTM pada kapsyen.

Rata-rata mengucapkan tahniah di atas usaha berkenaan, namun ada juga yang membuat ‘permintaan khas’ supaya RTM memfokuskan lebih lama kepada anjing pengesan Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), ketika perarakan berlangsung.

“Terbaiklah, baru nampak ‘class’!,” kata Joe Labu.

“Wow, dron ada tak?,” soal Wardina Awatif.

“Jangan kecewakan kami. Harap-harap tahun ni jurukamera ‘berfungsi’ la tunjuk K9 lama sikit masa perarakan Merdeka,” komen seorang lagi pengguna dengan berkongsi ciapan pengguna lain.

Tahun lalu, lapan anjing unit K9 JBPM telah mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Anjing-anjing K9 sentiasa menjadi tumpuan orang ramai susulan ketangkasan haiwan-haiwan berkenaan ketika terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada Disember 2022.

Malah, dua ‘hero’ tragedi Batang Kali iaitu Denti dan Frankie juga pernah menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye dan terkini, kembali beraksi membantu operasi SAR mangsa tanah jerlus di Masjid India, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI