fbpx

SZBLOOMS sasar jualan koleksi portmeirion RM3 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syanita (kiri) menyerahkan cenderahati kepada artis Rozita Che Wan bersempena pelancaran Pesta Portmeirion di Bangi baru-baru ini.

BANGI – SZBLOOMS, pengedar rasmi Portmeirion United Kingdom (UK) di Malaysia, menyasarkan jualan RM3 juta pada tahun ini berbanding RM1.5 juta tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertambahan permintaan daripada peminat koleksi jenama tersebut yang semakin menggalakkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Pengasas SZBLOOMS, Syanita Zur berkata, perkembangan menggalakkan itu telah memberi keyakinan kepada syarikat untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran dan meluas­kan pasaran secara berperingkat di negara ini.

“Buat masa ini, kami hanya mempunyai satu cawangan utama di Bandar Puteri di sini dan produk-produk tersebut turut di jual di 10 buah cawangan AEON,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena pe­lancaran Pesta Portmeirion di sini, baru-baru ini.

Minat mendalam terhadap koleksi portmeirion telah me­ngubah sasaran bekas jurutera itu memberi tumpuan terhadap perniagaan tersebut secara kecil-kecilan pada tahun 2019.

Bermula dari rumah, wanita gigih itu meneruskan usaha untuk mengukuhkan operasi perniagaannya setiap tahun sehingga beliau mendapat kepercayaan daripada Portmeirion England untuk menjadi salah satu pengedar di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai industri portmeirion di negara ini, beliau berkata, ia satu bidang yang begitu eksklusif dengan tawaran harga yang mahal dengan sepanjang perniagaan yang diusahakan, beliau terus mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai khususnya peminat dan pengumpul koleksi portmeirion.

“Orang ramai sanggup kumpul duit untuk membeli koleksi portmeirion kerana kualiti yang terbaik dan reka bentuknya yang klasik serta unik.

“Setiap produk portmeirion yang kami bawa di negara ini, reka bentuknya adalah berlainan.

“Corak bunga yang digayakan pada pinggan dan mangkuk jenama itu berasaskan kepada bunga dan setiap produk baharu dikeluarkan, coraknya juga tidak sama dengan produk yang lama,” jelasnya.

Selain itu, Syanita menjelaskan portmeirion juga telah pun mengeluarkan produk mampu milik pada harga serendah RM399 sahaja dengan kualiti yang sama.

Tambah beliau, selain membeli belah di kedai fizikal, pelanggan boleh membuat tempatan secara online di Tiktok dan laman web. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI