fbpx

Sultan Ibrahim puas hati persiapan Hari Kebangsaan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa puas hati terhadap persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya di sini, Sabtu ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu dizahirkan Baginda selepas beliau dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Semalam saya dan KSU diperkenan menghadap dan menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai persiapan Hari Kebangsaan.

“Kami sudah persembahkan dan boleh dikatakan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan persiapan terbabit dan tidak ada apa perkara yang diluar jangkaan Insya-Allah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata, setakat ini, persediaan sambutan itu berjalan dengan lancar.

Menurutnya, pelbagai acara sudah disusun selain beberapa program iringan sudah berjalan seperti Floria Diraja Putrajaya.

“Esok mengikut masa sebenar (hari acara berlangsung), akan ada raptai penuh bagi meneliti persiapan, akan ada pertunjukan udara dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI