fbpx

Sekat atlet bertanding merencatkan pembangunan sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melahirkan kebimbangan ekoran arahan Kerajaan Negeri Terengganu untuk tidak membenarkan penglibatan atlet wanita dalam sukan tertentu.

Menterinya, Hannah Yeoh berata, perkara itu dikhuatiri akan merencatkan potensi ramai atlet muda yang terbukti mempunyai bakat selain memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara.

“KBS berharap Kerajaan Negeri Terengganu tidak mendiskriminasikan pemberian insentif kemenangan kepada kedua-dua penerjun (Terengganu) memandangkan mereka telah menyumbang kepada kontinjen negeri itu.

“Untuk makluman semua, setiap peserta yang mewakili negeri di Sukan Malaysia (Sukma) perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh Majlis Sukan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini

Dalam pada itu, Hannah berkata, kedua-dua penerjun wanita Terengganu terbabit akan meneruskan latihan di Sekolah Sukan Malaysia seliaan Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya bakat mereka akan terus dapat dikembangkan sebelum terpilih memasuki program di peringkat kebangsaan pada masa akan datang.

“Pengarah Teknikal Kebangsaan Sukan Terjun, Bryan Nickson juga telah mengenal pasti potensi penerjun ini untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis kebangsaan tahun depan sekiranya menunjukkan peningkatan prestasi pada kejohanan akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim kecewa apabila terdapat atlet wanita dari Terengganu dalam acara terjun.

Katanya, penyertaan kedua-dua atlet terjun wanita beragama Islam mewakili Terengganu pada Sukma Sarawak 2024 dibuat Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) tanpa pengetahuan dan kebenaran kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI