fbpx

Saman ibu model Belanda mungkin ke proses mediasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Ivana

KUALA LUMPUR – Kes saman difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia serta dua yang lain berhubung siasatan kematian anaknya, mungkin diselesaikan melalui proses mediasi.

Dalam pengurusan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain hari ini, Peguam Persekutuan Mohd. Khairulhazman Ghazali memberitahu beliau diarahkan untuk memaklumkan, pihak (Kerajaan Malaysia) mencadangkan kes itu dibawa kepada proses mediasi.

Mendengar perkara itu peguam Datuk SN Nair yang mewakili ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen tidak membantah perkara itu.

Beliau menyatakan bahawa ia adalah ‘tawaran serius’ oleh pihak kerajaan dan pihaknya bersedia untuk dalam proses berkenaan.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Roz Mawar bertanyakan sama ada kesediaan kerajaan untuk proses mediasi itu diputuskan pagi ini atau lebih awal, Mohd. Khairulhazman berkata, beliau hanya diarahkan untuk menyampaikan cadangan kerajaan sahaja.

Justeru Mohd. Khairulhazman kemudian memaklumkan proses mediasi akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 hingga 27 September ini.

Mahkamah kemudian menetapkan pada 30 September ini bagi pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI