fbpx

PRK DUN Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerakkan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

KUALA LUMPUR – Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu ditetapkan menerusi Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, semalam.

“Mesyuarat menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat itu yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta semua pimpinan parti Kerajaan Perpaduan.

Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat itu turut memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan dengan pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK dan Aminolhuda Hassan sebagai Penyelaras Jentera Pakatan Harapan (PH).

Katanya, mesyuarat turut memandang serius isu 3R (kaum, agama dan raja) serta menegaskan akan menumpahkan taat setia dan terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“Mesyuarat turut menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI