fbpx

Pengunjung tergantung di udara ketika ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung tergantung di udara ketika Sky Screamer berhenti beroperasi. - Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan pengunjung sebuah taman tema di Mexico mengalami detik cemas apabila permainan yang mereka naiki terhenti ketika berada pada ketinggian 76 meter di udara.

Agensi berita United Press International melaporkan, pengunjung yang menaiki permainan Sky Screamer di Six Flags Mexico tergantung di udara selama 10 minit ketika ribut melanda. 

“Saya bersama rakan dan pengunjung lain terkandas di udara selama 10 minit sebelum diselamatkan,” kata salah seorang mangsa, Omar Hernandez Medrano.

Sementara itu, pihak pengurusan Six Flags Mexico berkata di media sosial bahawa cuaca ribut menyebabkan beberapa permainan terganggu dan berhenti beroperasi sementara waktu. 

“Semua prosedur yang ditetapkan telah diikuti,” tambahnya.

Permainan itu dilaporkan beroperasi semula pada lewat hari dan tiada kecederaan dilaporkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI