fbpx

Pengantin ‘tapau’ kawasan, pasang khemah 50 meter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan majlis perkahwinan yang panjang sehingga menutup jalan dan rumah jiran tetangga. - TikTok @trimagenic 

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas melangsungkan majlis perkahwinan dengan memasang khemah sepanjang 50 meter di hadapan rumah, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @trimagenic, majlis itu lengkap dengan pintu masuk yang dihiasi dengan bunga berwarna-warni. 

Khemah pula dipasang sehingga menutup jalan dan menghalang rumah jiran tetangga. 

“Khemah terpanjang 50 meter, majlis perkahwinan kelihatan seperti konsert,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dan meraih lebih satu juta tontonan dengan rata-rata netizen terpegun melihat kemewahan majlis itu. 

“Dekorasinya biasa tapi khemahnya luar biasa,” kata seorang netizen. 

“Masih kurang panjang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI