fbpx

Penduduk Jepun sukar dapatkan bekalan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAK kosong tanpa guni beras di sebuah pasar raya di Tokyo semalam. - Foto AFP

TOKYO – Sebahagian penduduk Jepun bergelut untuk membeli beras berikutan ancaman gempa bumi mega, selain masalah cuaca buruk seperti taufan sehingga menjejaskan bekalan.

Ketika beberapa kedai mengalami kekurangan stok harian, kerajaan memberi amaran tentang pembelian panik oleh penduduknya semalam.

“Kami hanya boleh mendapatkan separuh daripada jumlah beras biasa musim panas ini, manakala kampit beras cepat habis dijual,” kata seorang kerani di sebuah cawangan rangkaian pasar raya popular kepada agensi berita AFP.

Rak-rak beras di beberapa kedai kosong, manakala stok dicatu selepas amaran kerajaan pada bulan ini tentang gempa bumi mega ditarik balik.

Faktor lain kepada kekurangan bekalan itu termasuk penuaian yang lebih rendah disebabkan cuaca panas, kekurangan air serta peningkatan permintaan berkaitan, ekoran rekod ketibaan pelancong asing. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI