fbpx

Penceramah motivasi hadapi 14 pertuduhan ‘noda’ pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Khairul Azhar (tengah) didakwa atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga yang juga penceramah motivasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 tuduhan amang seksual fizikal terhadap sembilan pelajar sebuah sekolah khusus pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhd. Khairul Azhar Ali, 39, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiquddin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan, Muhd. Khairul Azhar didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sembilan orang pelajar lelaki yang ketika kejadian berumur 16 dan 17 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di asrama sebuah sekolah dalam daerah Kuala Nerus antara Mac hingga November 2021.

Kejadian tersebut didakwa berlaku sewaktu dia menjadi penceramah motivasi sukarela kepada pelajar di asrama sekolah khusus berkenaan.

Muhd. Khairul didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 September depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, dia turut berdepan satu pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini kerana mencabul seorang lagi pelajar pada 2021.

Muhd. Khairul Azhar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI