fbpx

Pemain bola sepak Uruguay, Juan Izquierdo meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juan Izquierdo - AFP

MONTEVIDEO, URUGUAY – Pemain bola sepak Uruguay, Juan Izquierdo meninggal dunia pada usia 27 tahun, beberapa hari selepas dia pitam di atas padang dalam satu perlawanan di Brazil, lapor akhbar Daily Mail.

Menurut kelab bola sepak Nacional dan badan induk bola sepak Amerika Selatan, kematian Izquierdo memberi kesan di hati semua pihak, manakala kehilangannya adalah sesuatu yang tidak dapat diganti.

Izquierdo dikejarkan ke Hospital Albert Einstein selepas dia rebah semasa perlawanan bola sepak Copa Libertadores di Stadium Morumbi Sao Paulo, Brazil pada Khamis minggu lalu.

Pasukan Nacional kemudian mengumumkan bahawa Izquierdo berada dalam keadaan stabil.

Hospital itu berkata dalam satu kenyataan lewat semalam bahawa Izquierdo mengalami serangan jantung yang dikaitkan dengan aritmia jantungnya.

Pemain itu menggunakan alat bantuan pernafasan sejak Ahad lalu dan berada di bawah penjagaan kritikal neurologi sejak kelmarin.

Kerjaya profesional Izquierdo bermula pada 2018 di kelab tempatan, Cerro. Dia kemudian menyertai Penarol pada tahun berikutnya, tetapi tidak banyak bermain.

Pemain pertahanan itu kemudian berpindah ke kelab Montevideo Wanderers, Liverpool tempatan dan Nacional. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI