fbpx

Pasar tenggelam banjir, peniaga jual ikan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peniaga berniaga di tepi jalan berhampiran Pasar Awam Padang Matsirat, Langkawi yang ditenggelami banjir pagi tadi.

LANGKAWI – Lebih 10 peniaga yang terjejas selepas bangunan Pasar Awam Padang Matsirat, di sini ditenggelami banjir sehingga paras pinggang pada pagi tadi terpaksa berniaga di tepi jalan bagi menghabiskan stok jualan.

Tinjauan mendapati kalangan peniaga meletakkan barang jualan termasuk hasil laut dan sayur-sayuran dalam bekas yang diletakkan di atas tong ikan.

Peniaga ikan, Hasan Sirat, 54, berkata, dia tiba di kawasan pasar pada pukul 4 pagi tadi sebelum mendapati air mula naik sehingga paras buku lali kira-kira pukul 6 pagi.

“Tidak lama kemudian, paras air naik dengan mendadak akibat limpahan Sungai Melaka terletak bersebelahan. Mujur waktu itu saya sempat menyelamatkan tong berisi ikan daripada dihanyutkan ke dalam sungai,” katanya di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Hafifuddin Zainol Abidin, 26, berkata, kejadian banjir di pasar awam yang menempatkan lebih 60 peniaga itu turut menyebabkan beberapa tong ikan dihanyutkan arus deras.

Peniaga, Azlan Seman, 40, pula berkata, sebahagian peniaga mengambil inisiatif berniaga di tepi jalan dekat pasar bagi menghabiskan stok ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI