fbpx

‘Parit tak cuci, ditumbuhi kangkung punca air masuk kedai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Ali mengunci pintu kedai runcitnya selepas premis itu dinaiki air Kampung Sempering di sini hari ini.

KANGAR – Kira-kira 15 buah rumah dan kedai runcit di sepanjang jalan besar Kampung Sempering, di sini dilanda banjir kilat, awal pagi tadi.

Menurut pengusaha kedai runcit, Mohammad Ali Hashim, 52, air mula naik sejak pukul 4 pagi sebelum memasuki kedai runcit.

“Air naik separas buku lali menyebabkan saya terpaksa menutup kedai runcit pada hari ini, sekali gus menyebabkan jualan harian sekitar RM800 sehari terjejas.

“Apa yang dapat dikatakan adalah parit tidak dicuci dengan baik serta ditumbuhi kangkung yang menghalang aliran serta memerangkap sampah hanyut sehingga aliran air sangat perlahan dan melimpah,” katanya ketika ditemui di Kampung Sempering, di sini hari ini.

Seorang petani, Azman Hashim, 63, berkata, dia bimbang dengan keadaan tersebut dan sentiasa memantau paras air di dalam parit berdekatan sawah padi yang diusahakannya.

“Padi di kawasan sawah seluas kira-kira 0.8 hektar ini akan dituai dalam masa dua minggu lagi. Bimbang juga jika sawah ini ditenggelami banjir.

“Andai air di dalam parit ini melepasi tebing, ia akan melimpah dan menenggelamkan padi yang akan dituai sekali gus berisiko menyebabkan kerugian kepada pesawah di kawasan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI