fbpx

Nelayan selamat selepas lebih 20 jam tersadai tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Khairul Asmawi (dua dari kanan) yang masih lemah ditenangkan ahli keluarganya sebaik tiba di Pangkalan Nelayan Kampung Raja, Tanjung Sura hari ini.

DUNGUN – Seorang nelayan menghadapi detik cemas apabila tersandai lebih 20 jam di perairan Pulau Tenggol dekat sini setelah bot fiber dinaikinya mengalami kerosakan semalam.

Mangsa, Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan,40, bernasib baik dijumpai sekumpulan nelayan termasuk bapa saudaranya pada kedudukan 50 kilometer dari perairan Dungun pada pukul 11 pagi tadi.

Bapa saudaranya, Zulkifli Mohamed, 48, berkata, anak saudaranya, Tengku Khairul Asmawi ditemui berhampiran perairan Pulau Tenggol yang terkenal sebagai lubuk ikan cermin.

“Alhamdulillah, sebaik kami tiba di lokasi tersebut, anak saudara saya biarpun lemah sempat berdiri melambai-lambai ke arah bot kami untuk meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Nelayan, Kampung Raja, Tanjung Sura di sini hari ini.

Terdahulu Tengku Khairul Asmawi yang diselamatkan disambut penuh keharuan dan kesyukuran oleh ahli keluarga sebaik bot fibernya yang ditunda tiba di jeti berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Zulkifli berkata, sebaik menjumpai Tengku Khairul Asmawi, mereka terus memberikannya makan nasi bagi memulihkan tenaga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sebelum itu, adik Tengku Khairul Asmawi membuat laporan polis setelah nelayan tersebut tidak pulang setelah turun ke laut dari Pantai Sura Hujung pada pukul 6.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI