fbpx

Nelayan hilang di perairan Pulau Tenggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai Kampung Sura Hujung yang menjadi lokasi Tengku Khairul Asmawi turun ke laut sehingga hilang di perairan Pulau Tenggol, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas tidak pulang dari menangkap ikan dipercayai di perairan Pulau Tenggol dekat sini semalam.

Mangsa, Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, tidak pulang setelah turun ke laut pada pukul 6.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, nelayan yang berasal dari Kampung Sura Hujung di sini itu dikatakan menangkap ikan bersendirian dengan menaiki sebuah bot gentian kaca.

“Mangsa dikatakan tidak pulang dari laut sehingga lewat petang semalam dan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi ahli keluarga.

“Adik mangsa berusia 34 tahun kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan nelayan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, kebiasaannya setiap kali turun ke laut, Tengku Khairul Asmawi Nizam akan pulang ke rumah pada waktu tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI