fbpx

Mayat bayi ditanam dalam simen parkir kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI penemuan mayat bayi di sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh hari ini.

IPOH – Mayat reput dipercayai bayi ditemui ditanam dalam simen di kawasan tempat letak kereta sebuah rumah di Taman Sri Rokam di sini hari ini.

Difahamkan, penemuan mayat pada pukul 11 pagi itu susulan kerja-kerja baik pulih rumah oleh pengadu berusia 37 tahun.

Ketika kejadian, lelaki itu telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.

Lelaki itu yang menarik kain berkenaan bagaimanapun terkejut selepas melihat terdapat objek menyerupai mayat bayi di sebalik kain tersebut.

Sementara itu, usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI