fbpx

Malaysia hilang tekong berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHIR (tengah) terlepas aksi Piala Raja Thai bermula 1 September ini disebabkan masalah hamstring kaki kanan.

SKUAD sepak takraw negara tidak akan membawa tekong terbaik negara, Muhammad Syahir Rosdi serta perejam, Baihakki Aripin ke Piala Raja Thai 2024 di Korat, Thailand bulan depan selepas kedua-dua mereka berdepan kecederaan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun tidak cemas dengan situasi itu kerana beranggapan ini adalah masa terbaik buat pemain-pemain baharu untuk mempamerkan kemampuan mereka bersaing di pentas antarabangsa.

“Bagi saya, ketiadaan Syahir mahupun Baihakki adalah ruang terbaik untuk pemain-pemain yang terpilih ini meningkatkan prestasi mereka sebagai persiapan ke Sukan SEA Thailand tahun depan.

“Saya harapkan pengalaman yang bakal diperoleh di Piala Raja Thai dapat meningkatkan teknik permainan mereka kerana skuad negara bukan sekadar menghadapi Sukan SEA tetapi Piala Asia yang dijangka berlangsung Mei tahun depan.

“Langkah kita buat dengan memberi pendedahan awal ke Piala Raja Thai adalah penting agar kita mempunyai ramai pilihan pemain terbaik untuk disenaraikan tahun depan,” katanya yang turut memaklumkan skuad negara akan berlepas ke Korat, Thailand pada Jumaat ini.

Ahmad Jais menjelaskan Syahir mengalami masalah hamstring kaki kanan dan Baihakki pula ‘diserang’ kecederaan ligamen kaki kiri sekali gus memerlukan 10 hingga 12 minggu untuk pulih

Menjelang Piala Raja Thai edisi ke-37 bermula 1 hingga 8 September ini, skuad negara akan menyertai acara regu dan berpasukan selepas kategori double tidak dipertandingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI