fbpx

Lokasi tanah mendap baharu di Masjid India ditutup, dikawal ketat – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah mendap baru berlaku di sekitar Pondok Polis Masjid India kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. FOTO oleh KOSMO!/IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis Masjid India sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, kawasan kejadian telah ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam.

Katanya, sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air (water barrier).

“Tindakan segera telah diambil oleh DBKL dengan penglibatan pihak Indah Water Konsortium (IWK) yang kini memeriksa paip kumbahan di lokasi tersebut serta di kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada kerosakan lanjut.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan Indah Water Konsortium serta agensi-agensi lain untuk memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku di masa hadapan.

“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur adalah keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam. – KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI