fbpx

Lelaki dikompaun kerana Lamborghini bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aquilino dan kereta Lamborghini miliknya. - William C Lopez

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki di Pulau Staten menyaman Majlis Bandaraya New York selepas dia dikenakan kompaun atas kesalahan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kereta Lamborghini miliknya, lapor akhbar New York Post.

Anthony Aquilino berkata, kompaun itu harus digugurkan kerana dia tidak mengubah suai kereta mewahnya yang berharga AS$315,000 (RM1.36 juta) untuk mengeluarkan bunyi kuat. 

“Saya dikenakan kompaun bunyi sebanyak AS$800 (RM3,475) kerana memandu kereta model Lamborghini Huracan Performante keluaran tahun 2018, meskipun ia boleh dipandu di New York.

“Jumlah denda adalah AS$800 (RM3,475) untuk kesalahan pertama. Kesalahan kedua pula sebanyak AS$1,700 (RM7,385), manakala kesalahan ketiga mencecah AS$2,700 (RM11,730),” kata Aquilino.

Dia berhujah dalam dalam tuntutan mahkamah yang difailkan minggu lalu di Mahkamah Agung Manhattan, bahawa undang-undang hanya membenarkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kompaun kepada kereta yang sengaja diubah suai untuk meningkatkan bunyi enjin. 

Aquilino sebaliknya mendakwa bahawa kereta tersebut dilengkapi enjin V-10 dan mengeluarkan bunyi kuat yang dihasilkan daripada kilang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI