fbpx

[VIDEO] Langkawi dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Pasar Padang Matsirat dilanda banjir kilat pada pagi ini akibat hujan berterusan pada semalam

LANGKAWI – Beberapa kawasan sekitar Pulau Langkawi seperti Kuah, Padang Matsirat, Temonyong dan Kampung Bukit Kembojani dilanda banjir kilat awal pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat, Pegawai Bomba Tinggi II Mohammad Zaidi Md. Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 6.35 pagi tadi.

“Ketua operasi mendapati berlaku limpahan Sungai Melaka berikutan hujan lebat. Paras air naik hampir 0.6 meter dan menjejaskan laluan masuk ke kampung. Seorang mangsa lelaki dipindahkan ke tempat selamat.

“Beberapa rumah serta premis seperti restoran dan Pasar Padang Matsirat ditenggelami banjir.” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI