fbpx

Lagi mendapan dikesan sekitar lokasi tanah jerlus Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendapan dikesan berlaku di Pondok Polis Masjid India pagi ini.

KUALA LUMPUR – Satu lagi tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi ini.

Tinjauan di lokasi mendapati, kawasan mendapan telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan menggunakan ‘road barrier’ dan garisan kuning.

Kejadian tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis Masjid India dianggarkan berlaku pada pukul 2.30 pagi susulan hujan lebat dan ribut berlaku pada malam tadi.

Bagaimanapun, pihak pemberita di lokasi akan mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, hari ini memasuki hari keenam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI