fbpx

Kes tembak KLIA: 15 Oktober bagi baki serahan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizul yang didakwa cuba membunuh isterinya dan mencederakan pengawal peribadi mangsa di KLIA pada April lalu tiba bagi sebutan semula kes prosidingnya di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Mahkamah Sesyen Sepang menetapkan tarikh 15 Oktober depan untuk penyerahan dokumen bagi kes seorang pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan yang didakwa cuba membunuh isterinya.

Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan sebahagian dokumen belum lengkap diserahkan kepada pasukan pembelaan.

“Saya dimaklumkan sebahagian dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan. Namun, setakat ini yang diterima laporan forensik, manakala laporan lain masih lagi belum selesai.

“Justeru, pihak pendakwaan memohon satu tarikh sekali lagi untuk melengkapkan kesemua dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum tarikh bicara ditetapkan,” katanya.

Ketika prosiding hari ini, peguam Nik Azim Azlan yang mewakili Hafizul Hawari, 38, mengesahkan bahawa sebahagian dokumen telah diserahkan kepada pembelaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI