fbpx

‘Kena hafal al-Quran’ – Fatin ‘haramkan’ anak ceburi dunia seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatin Afeefa melarang anaknya menceburi dunia hiburan.

PETALING JAYA – Enggan jejak langkah menjadi ikutan, pelakon Fatin Afeefa tidak membenarkan anak-anaknya menceburkan diri dalam arena seni.

Menyedari keutamaan, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, dia mahu melihat dua permata hatinya berjaya dalam pelajaran selain bergelar penghafaz al-Quran.

“Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal al-Quran.

“Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon.

“Walaupun ada yang tawarkan, jawapan saya tetap ‘no’, tidak boleh,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikToknya, baru-baru ini.

Bukan berniat mengongkong, pelakon filem Tentang Bulan itu sebaliknya berkata, sebagai ibu dia berhak untuk menentukan hala tuju hidup anak-anaknya.

“Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah,” tegasnya.

Terdahulu, Fatin yang mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suaminya, Aliff Awang atau mesra disapa Opai, namun dia masih aktif melakukan beberapa kempen.

Fatin mendirikan rumah tangga dengan usahawan terbabit di Subang Jaya pada Disember 2022.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

Wanita kecil molek itu juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI