fbpx

Katak beracun ancam populasi buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya air tawar di utara Australia diancam oleh katak tebu invasif yang beracun.

PARA saintis dari Universiti Macquarie, Britain yang bekerja dengan renjer Orang Asli Bunuba dan Jabatan Kepelbagaian Biologi, Pemuliharaan dan Tarikan (DBCA) Australia telah mencuba cara baharu untuk melindungi buaya air tawar daripada katak tebu invasif maut di wilayah utara negara berkenaan .

Buaya air tawar (Crocodylus johnstoni) adalah haiwan yang penting dari segi budaya dan spesies asli di rantau ini. Kehilangan pemangsa itu juga dikhuatiri akan mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan.

Penyelidikan kumpulan itu berusaha mengurangkan kadar kematian buaya air tawar terutamanya di kawasan katak tebu yang boleh menyerang dengan keracunan makanan.

Penyelidik dari Sekolah Sains Semula Jadi, Universiti Macquarie, Dr. Georgia Ward-Fear bersama rakannya, Profesor Rick Shine berjaya mendokumenkan percubaan kaedah ekologi tingkah laku yang dipanggil conditioned taste aversion (CTA).

Kata Ward-Fear, haiwan itu adalah makanan penting bagi pemangsa dan memainkan peranan penting dalam persekitarannya,

Namun, buaya itu tidak mempunyai pertahanan semula jadi daripada katak beracun.

“Buaya air tawar juga boleh terjejas teruk kerana sungai kering semasa musim kemarau.

“Ini boleh menyebabkan ekosistem akuatik kita terjejas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI