PETALING JAYA – “Perempuan, ingatlah. Kalau lelaki dalam hidup kamu sanggup membahayakan nyawa kamu seperti ini, jauhilah mereka,” itu antara nasihat yang diberikan seorang pengguna X kepada para wanita di luar sana dalam memilih calon suami.
Menerusi perkongsian video di X oleh @Cikgu_Anep memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya bersama teman wanitanya.
Lelaki itu kelihatan seronok apabila teman wanitanya menjerit ketakutan ketika dia memandu secara melulu dan berbahaya melalui di selekoh yang tajam.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-rata marah dengan tindakan lelaki tersebut.
“Perempuan sebelum nak kahwin, tengoklah kereta lelaki tu macam mana dan cara pemanduan dia. Kalau dah gila macam ni, tak perlu bazir duit dan masa korang,” kata zafran I takafulexpert.
“Bukan setakat bahayakan nyawa dia dan perempuan tu, dia bahayakan nyawa orang yang bertentangan arah jugak,” kata miaarhm.
“Tak sayangkan nyawa sendiri tak apa, jangan tak sayangkan nyawa orang lain,” kata Izzul Amin. – KOSMO! ONLINE
Perempuan, ingatlah. Kalau lelaki dalam hidup kamu sanggup membahayakan nyawa kamu seperti ini, jauhilah mereka. Sekian. pic.twitter.com/MaWUAbZiUt
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 27, 2024