fbpx

Guna wang simpanan isteri masuk pelaburan, akhirnya kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang penganggur berputih mata apabila kerugian sebanyak RM348,500 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 17 April lalu selepas lelaki berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar daripada sebuah syarikat pelaburan.

“Suspek menawarkan pelaburan di United Kingdom bernama Pantheon Ventures dan mangsa diminta memuat turun satu aplikasi diberikan. Mangsa juga diberikan latihan secara dalam talian mengenai cara membuat palaburan dalam sistem tersebut.

“Dalam tempoh 18 Jun hingga 10 Ogos 2024, mangsa memasukkan wang berjumlah RM348,500 dengan 10 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta wang sebanyak RM101,000 sekiranya mangsa tidak berminat untuk meneruskan pelaburan tersebut.

Katanya, sumber kewangan mangsa adalah wang simpanannya dan isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI