fbpx

EPL: Trossard tidak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD gagal menembusi kesebelasan utama Arsenal dalam dua perlawanan, namun berjaya meledak gol ketika menentang Villa selepas masuk sebagai pemain gantian. - FB ARSENAL

LONDON – Pemain sensasi Arsenal, Leandro Trossard mengakui ‘tidak merajuk’ dengan barisan kejurulatihan selepas disisihkan daripada kesebelasan utama pasukan pada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, Trossard mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri ketika menjaringkan satu gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian sekali gus membantu The Gunners menewaskan Aston Villa 2-0 minggu lalu.

Menurut Trossard, saingan sengit dalam kalangan pemain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sudah dijangka kerana semua orang memiliki kelebihan masing-masing.

“Saya sedar dengan kualiti yang ada dalam pasukan dan kami semua bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik. Meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian, saya gembira dengan impak yang telah diberikan.

“Apa yang penting, saya buktikan kualiti di atas padang dan saya akan terus pamerkan rentak konsisten sekiranya diberi peluang oleh jurulatih pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain antarabangsa Belgium itu mengakui tiada ‘mood’ untuk meraikan jaringan minggu lalu tetapi terpaksa melakukannya selepas dipujuk oleh pemain pertahanan, William Saliba.

“Cara meraikan jaringan berbeza pada setiap perlawanan. Ketika itu, saya tidak mahu berbuat demikian tetapi Saliba memaksa saya lakukan juga dan saya terharu ada rakan sepasukan yang gembira anda menjaringkan gol,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI