fbpx

Dua pemain golf Malaysia berentap LPGA Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liyana Durisic.

PETALING JAYA – Dua pemain golf professional negara merupakan antara lima pemain yang akan meneruskan cabaran bagi merebut hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM13 juta) dalam Kejohanan Ladies Professional Golf Association (LPGA) Oktober ini.

Liyana Durisic dan Nur Durriyah Damian masing-masing mendapat ketiga dan kelima ketika melalui pusingan kelayakan LPGA yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur di sini yang berakhir hari ini.

Tiga lagi pemain ialah Ida Ayu Indira Melati Putri dan Kristina Natalia Yoko dari Indonesia serta Chayanit Wangmahaporn dari Thailand.

Kelima-lima mereka sebelum ini mengalahkan 73 pemain lain dalam pusingan kelayakan.

Mereka akan berentap di kelab golf yang sama dalam kejohanan anjuran Maybank selama empat hari bermula 24 Oktober depan.

“Saya tidak berada dalam kedudukan untuk layak pada pusingan pertama tetapi bersyukur saya dapat membuat kemunculan semula dan bermain di Kejohanan Maybank sekali lagi.

“Saya bermain dalam acara ini tahun lepas dan syukur saya boleh bermain lagi,” kata pemenang sesi kelayakan, Ida Ayu Indira.

Nur Durriyah Damian.

Beliau menjuarai sesi itu dengan jumlah dua di bawah par 142 kurang satu pukulan daripada W. Chayanit. Liyana pula mencatat satu di atas par 145 mengatasi Kristina (146) dan Nur Durriyah (147).

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, pusingan kelayakan LPGA merangkumi komitmen mereka untuk menyediakan peluang untuk memperkasakan individu di seluruh rantau Asean.

“Tahniah kepada pemenang dan kami berharap kejayaan mereka terus memberi inspirasi kepada bakat muda di seluruh rantau untuk berusaha kecemerlangan di dalam dan luar padang,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengikuti perlawanan bertaraf dunia itu dengan mendapatkan pas harian pada harga RM38 dan RM68 pada Sabtu dan Ahad. Pas selama empat hari dijual RM88. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI