fbpx

DRB-HICOM catat hasil RM8.09 bilion separuh pertama tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma DRB-HICOM, Shah Alam.

PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencatat  hasil sebanyak RM8.09 bilion untuk separuh pertama 2024 (H1 2024) mencatat kenaikan berbanding RM8.08 bilion pada separuh pertama 2023 (H1 2023).

 Kumpulan mencatat keuntungan pra-cukai (PBT) sebanyak RM236.70 juta, iaitu susutan daripada RM285.71 juta yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (S2 2024), keuntungan pra-cukai Kumpulan ialah RM25.93 juta, terjejas akibat penurunan dalam hasil kepada RM3.76 bilion daripada RM3.98 bilion pada S2 2023. 

“Kemerosotan ini terutamanya disebabkan oleh jualan yang lebih rendah dalam sektor automotif, pos dan hartanah,” jelasnya. 

Dalam sektor Automotif, jualan kenderaan Proton terjejas akibat penutupan sementara kilang bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual pada suku dalam tinjauan.

Bagi sektor perbankan pula, Kumpulan melaporkan peningkatan hasil yang ketara kepada RM1.04 bilion pada H1 2024, menandakan peningkatan sebanyak 28.3 peratus daripada RM0.81 bilion pada H1 2023. 

Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi, hasil daripada peningkatan volum pembiayaan, dan disokong oleh pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang,” ujarnya.

“Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi dan transformasi digital, terutamanya dalam sektor perbankan, pos dan perkhidmatannya. 

“Bagi sektor lain iaitu hartanah, aeroangkasa dan pertahanan, Kumpulan kekal komited dalam menerapkan amalan mampan ke arah memperkukuhkan daya tahan perniagaan.

“Kumpulan mengekalkan prospek yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024,”terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI