fbpx

Doktor biar anak 13 tahun gerudi tengkorak pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bilik pembedahan sebuah hospital. - Foto AFP

VIENNA – Seorang pakar bedah di Austria didakwa kerana membenarkan anak perempuannya yang masih remaja menggerudi lubang pada tengkorak pesakit, lapor portal berita Sky News semalam.

Akibat mengalami kemalangan di dalam hutan pada Januari lalu, seorang lelaki berusia 33 tahun dibawa ke Hospital Universiti Graz, Styria, tenggara Austria.

Dia dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala, demikian menurut akhbar Austria, Kronen Zeitung.

Pesakit itu memerlukan pembedahan kecemasan tetapi seorang doktor didakwa membenarkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun mengambil bahagian dalam pembedahan tersebut.

Kronen Zeitung melaporkan, anak perempuan doktor tersebut turut membuat lubang pada tengkorak pesakit.

Walaupun pembedahan itu berjalan lancar, pesakit masih tidak dapat bekerja dan siasatan oleh pendakwa raya terhadap keseluruhan pasukan pembedahan tersebut masih diteruskan.

Aduan tentang anak perempuan doktor itu hanya sampai di pejabat pendakwa raya pada April lalu, lapor Kronen Zeitung.

Ia kemudian mengambil masa sehingga Julai lepas untuk mangsa dimaklumkan oleh polis, tambah akhbar tersebut.

Laman berita Vice melaporkan, pakar bedah saraf tersebut dan seorang pakar lain yang terlibat dalam pembedahan itu telah dipecat.

Sementara itu, lima individu lain yang terlibat dalam prosedur tersebut kini dalam siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI