fbpx

Cut Intan Nabila ‘tunggang’ kes kena pukul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUT INTAN NABILA

KES keganasan rumah tangga membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila menjadi sorotan ramai sehingga kisah dibelasah suami ketika masih dalam pantang itu tular ke luar negara.

Ketika perhatian khalayak tertumpu kepada isu tersebut, muncul dakwaan ibu kepada tiga anak itu cuba mengambil kesempatan menggunakan situasi tersebut untuk keuntungan peribadi.

Tuduhan itu disebabkan Cut Intan Nabila atau Intan didapati membuka sebuah akaun Instagram eksklusif yang memerlukan orang ramai melanggan untuk melihat konten.

Netizen beranggapan tindakan itu merupakan cara Intan mencari peluang dari kes dipukul suami yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat dandanan rambut.

Namun, dakwaan tersebut dinafikan rakannya, Shella Saukia yang menegaskan bekas atlet lawan pedang itu tidak memaksa sesiapa atau ‘menjual’ kesedihannya.

Katanya, akaun instagram eksklusif tersebut hanyalah pilihan bagi mereka yang ingin mengikuti Intan lebih dekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI